Kebebasan Kewangan Robert Kiyosaki

Kebebasan Kewangan menurut Robert Kiyosaki

Jom belajar pasal ‘Kebebasan Kewangan‘.

Sebelum belajar lebih lanjut ni saya ingin tahu terlebih dahulu tuan puan tahu tidak apakah yang dimaksudkan dengan ‘Kebebasan Kewangan‘?

Adakah ia bermaksud kita bebas dari segala hutang? Tidak…
Tidak semestinya kalau berhutang kita tidak boleh bebas dari segi kewangan…
Ramai sahaja mereka ini berhutang dan dalam masa yang sama boleh pula mempunyai kebebasan dari segi kewangan…

Bagaimana?
Apa yang membuatkan mereka ini boleh berhutang tapi masih boleh mempunyai kebebasan dalam kewangan?

Jawapannya ialah…
Sebenarnya mereka ini buat hutang ‘baik’ dan tidak buat hutang ‘jahat’…

Macam mana yang dimaksudkan dengan hutang ‘baik’?
Bagaimana pula nak kenal hutang ‘jahat’?
Insya Allah yang itu saya akan buatkan satu perkongsian khas pasal hutang ‘baik’ dan hutang ‘jahat’ pula nanti…

Kenal tak dengan Robert Kiyosaki? Seorang mentor kewangan yang hebat di Amerika…
Beliau beritahu bahawa apabila kita mempunyai pendapatan pasif (passive income) yang melebihi jumlah perbelanjaan (total expense) maka ketika itu lah kita mencapai tahap kebebasan dari segi kewangan…

Pendapatan pasif itu apa?
Pendapatan pasif tu begini…
Adakah anda rasa seronok sekiranya tanpa bekerja keras anda masih boleh terima pendapatan?
Ye! Tentunya seronok bukan? Bukan anda seorang sahaja yang seronok… saya juga rasa begitu…
Cuba tanya kat orang sebelah… seronok tak kalau tak perlu kerja keras tapi duit masih masuk setiap bulan?

Bagaimana nak dapatkan pendapatan pasif?
Contoh pendapatan pasif ialah seperti setiap bulan anda terima duit dari penyewa rumah yang anda sewakan.
Contoh lain ialah seperti perniagaan anda yang sudah ada pengusahanya sendiri dan anda cuma tunggu duit keuntungan masuk ke dalam bank anda.
Contoh lain pula seperti saham atau unit amanah tempat anda melabur yang memberi anda dividen pada setiap tahun.

Sekadar mempunyai pendapatan pasif dan duit automatik masuk ke dalam akaun simpanan anda tidak melayakkan anda mencapai tahap kebebasan dari segi kewangan lagi.
Walau pun anda sudah ada sumber pendapatan tetap dan pasif, perkara yang penting untuk dipastikan ialah supaya berhati-hati supaya tidak berbelanja di atas paras pendapatan .
Sekiranya pendapatan sebulan anda adalah RM5000, jangan pula anda berbelanja yang tidak mendatangkan pulangan sehingga RM8000. Biasanya kalau berlaku sebegini maksudnya anda sudah terlebih berbelanja berbanding pendapatan maka anda tidak layak untuk berada di dalam tahap keselesaan kebebasan kewangan.

Kebebasan Kewangan Robert Kiyosaki

Kebebasan Kewangan menurut Robert Kiyosaki