Balance Transfer Vs Easy Payment Plan (EPP)

EPP Vs Balance Transfer

Nak buat balance transfer?

Pertimbangkan perkara-perkara yang berikut sebelum anda teruskan niat anda tersebut:

Nak pindahkan semua hutang sekali gus melalui kaedah Balance Transfer?
Nope! Bukan semua bank yang bagi kita pindahkan keseluruhan hutang kalau buat balance transfer.
Kebanyakan bank hanya bagi pindah 80% sahaja daripada akaun kad kredit asal.
Dah kalau korang bawak keluar semua habis bank yang asal tempat berhutang tadi nak ‘makan’ apa?
Kena ingat, bank dapat income daripada ‘interest’ dan bank hanya boleh ‘makan’ interest bila ada tunggakan hutang.
EPP: Tak perlu pindahkan hutang ke mana-mana akaun kad kredit. Guna sahaja kad sedia ada. Dah nama pun ‘restructure’ bukannya ‘transfer’.

 

Berapa lama tempoh pembayaran semula bila buat Balance Transfer?
Kebiasaannya bank cuma bagi buat 12 bulan sahaja ada juga yang hanya beri tempoh 6 bulan sahaja. Ada juga yang bagi 36 bulan tapi hanya bank-bank tertentu sahaja.
EPP:
Terpulang kepada pemilik kad kredit. Kalau nak cepat bayar buat 12 bulan sahaja dan kalau nak rendahkan bulanan buat lah 36 bulan.

Berapa nak kena bayar bulan-bulan bila dah buat Balance Transfer?
Bila hutang dah di’compress’ menjadi 12 atau pun 6 bulan maka tinggi lah jadinya bulan-bulan nak kena bayar kat bank. Mampu ke? Sedangkan dengan amount bulanan sekarang pun semput nak bayar, inikan pula bila bulanan dah jadi 2x ganda!
EPP:
Kalau nak cepat habiskan hutang buat lah 12 bulan tempoh installment dan bayar lebih tinggi daripada biasa.
Kalau nak rendahkan bulanan, buat lah installment 36 bulan dan kadar bayaran bulanan boleh direndahkan sehingga 2 kali ganda daripada minimum payment sedia ada.

Cara nak buat Balance Transfer tu bagaimana?
Nak buat balance transfer MESTI ada kad kredit kedua yang availablenya mencukupi untuk bayarkan hutang dalam kad yang kita ada hutang.
EPP:
Tak perlu ada kad lain. Hutang dalam kad kredit yang sama distruktur semula supaya dapat memudahkan pemilik hutang kad kredit selesaikan hutang di bank.

Kalau takde kad kredit kedua?
Kalau takde kad kredit kedua nak kena mohon dulu kalau nak buat Balance Transfer. Makan masa jugak nak tunggu approval.
Bank pun tak akan update kalau permohonan tak berjaya.
Akhirnya nanti hutang semakin bertambah bila bank caj interest ke atas tunggakan hutang sedia ada.
EPP:
Tak perlu kad kredit kedua.

Kalau dah ada lebih daripada 1 kad?
Balance Transfer dah boleh diproses terus kalau ada kad kredit yang available mencukupi untuk bayar ke dalam kad kredit 1 nanti.
EPP:
Guna kaedah EPP boleh kumpulkan hutang dari beberapa kad kredit ke dalam 1 kad kredit.
Syarikat akan ambil berapa yang available dari satu kad dan bayarkan dalam kad yang satu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *