Kad kredit – Bagaimana nak jimat bayar interest?

Interest kad kredit sangat membebankan.

Inilah punca sebenar hutang kad kredit sukar dilunaskan.

Rujuk jadual:

Perbandingan: Normal Rate Vs EPP

Perbandingan Struktur Pembayaran: Normal Rate Vs. EPP

Jadual yang sama ini saya gunakan untuk kongsikan cara nak rendahkan bayar minimum payment menggunakan kaedah EPP. Belum baca lagi? Sebaiknya baca dahulu perkongsian tersebut sebelum meneruskan membaca mengenai interest ini. Silakan…

Interest adalah kunci kepada pengurusan semua hutang dari bank termasuk hutang kad kredit.
Belajar cara menguruskan interest maka anda akan berjaya lunaskan semua jenis hutang dari bank.
Menarik bukan?

Baik lah! Buat masa ini, izinkan saya berkongsi bagaimana interest dalam kad kredit dikira dan bandingkan ia dengan penjimatan melalui kaedah EPP.

Interest dikira berdasarkan kepada amount tunggakan (outstanding). Lagi banyak tunggakan, lebih lama tunggakan maka lebih banyak lah interest yang bank kenakan. Kaedah EPP boleh bantu kurangkan tunggakan dan singkatkan tempoh nak melunaskan hutang.

Interest adalah dikira secara bulanan (bukan tahunan) daripada kadar interest bulanan. Daripada kadar interest tahunan, biasanya 18% (ada juga yang kurang dan ada yang lebih tinggi bergantung kepada bank) maka kita boleh dapatkan kadar interest bulanan.

Interest tahuan / 12 bulan = Interest bulanan

Contoh: 18% / 12 = 1.5%

Formula asasnya untuk mengira amount interest yang perlu dibayar kepada bank pula ialah:

Kadar Interest Bulanan x Tunggakan = Amount Interest Yang Perlu Dibayar.

Contoh pengiraan untuk kes normal yang sedang anda bayar sekarang >

Gambarajah menunjukkan bagaimana mengira interest kad kredit secara normal

Pengiraan interest kad kredit secara normal

Selepas membayar minimum payment sebanyak RM500 daripada hutang asal RM10,000, ada tunggakan RM9500.

Maka jumlah interest yang perlu dibayar kepada bank ialah 1.5% daripada jumlah tunggakan yang masih tinggal.

Di mana; 1.5% x RM 9500 = RM 142.50 adalah jumlah interest yang perlu dibayar kepada bank.

 

Ini pula ada lah contoh pengiraan untuk kes EPP >

Pengiraan interest kad kredit untuk kes EPP

Pengiraan interest kad kredit untuk kes EPP

Anggapkan Jumlah asal hutang RM10,000 telah dijadikan EPP, jumlah ansuran bulanannya hanya RM277.78 sebulan.

Sekiranya hanya RM50 sahaja yang dibayar maka akan ada RM227.78 yang tinggal sebagai tunggakan.

Jumlah interest yang perlu dibayar daripada RM227.78 ini adalah 1.5% x RM 227.78 = RM 3.42

 

Dah faham bagaimana interest dikira sekiranya anda terus membayar secara normal seperti sekarang?
Dah faham bagaimana interest dikira sekiranya hutang anda ditukar menjadi EPP?
Sekarang mari kita bandingkan.

Jadual menunjukkan perbandingan pembayaran interest dalam normal plan dan EPP

Bandingkan interest sekiranya anda berterusan membayar secara normal dan sekiranya anda telah tukarkan hutang anda kepada EPP. Anda nak pilih yang mana?

Temui Sophy Sufian Ez Payment di Facebook atau boleh juga Whatsapp untuk berbincang lebih lanjut