Jangan tunggu statement sampai… Rugi…

You are here:
< Back

Ramai pelanggan yang menunggu sehingga bank keluarkan penyata terkini baru nak buat EPP.

Sebenarnya tak perlu tunggu sehingga bank keluarkan penyata pada setiap tarikh penyata dikeluarkan (statement date). Rugi kalau buat macam ni.

Rugi sebab masa tarikh penyata ini lah bank akan caj interest dan denda lewat bayar (jika lewat bayar minimum payment sebelum ini) dan juga lain-lain caj yang berkaitan dengan akaun kad kredit kita.

Saya nasihatkan pemilik kad kredit yang nak buat EPP untuk rujuk terus maklumat yang ada di dalam ‘online banking’. Maklumat dalam ‘online banking’ kad kredit adalah maklumat yang semasa dan terkini berbanding kalau tunggu penyata kad kredit sampai ke peti surat kita. Sebelum tarikh penyata lagi kita sudah boleh dapatkan maklumat hutang kad kredit yang terkini – berapa amaun had kredit terkini, amaun tunggakan terkini, bayaran minima terkini dan amaun boleh guna yang semasa dan terkini.

Lihat contoh ini, di bawah ada ditunjukkan maklumat hutang kad kredit salah seorang pelanggan pada 3hb Ogos 2018 iaitu tarikh penyata kad kredit pemilik kad kredit tersebut.

Pada 3hb September 2018 saya masih boleh nampak amaun tertunggak bayaran ialah RM6886.02

Sehari selepas tarikh penyata dikeluarkan, pada 4hb September saya dapati amaun tertunggak sudah menjadi RM7010

Kenapa tiba-tiba 4hb September, iaitu tarikh penyata dikeluarkan ini jumlah hutang boleh meningkat dari RM6886.02 kepada RM7010.03 walau pun kad kredit ini tidak digunakan untuk sebarang transaksi pembelian?

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa bank akan mengenakan caj interest dan termasuk lah juga caj-caj lain seperti caj lewat bayar, caj tahunan dan lain-lain caj berkenaan jika ada pada setiap kali tarikh penyata dikeluarkan (statement date). Sebab itu lah jangan terkejut jika tiba-tiba hutang dalam akaun kad kredit boleh bertambah walau pun tidak menggunakan kad kredit tersebut.

Peringatan untuk yang nak memohon EPP

Saya ingin menasihatkan pemilik kad kredit yang nak buat EPP untuk rujuk terus maklumat yang ada di dalam perbankan atas talian (‘online banking’) berbanding maklumat dari penyata bercetak yang bank hantar kepada pemilik kad kredit pada setiap bulan. Maklumat dalam ‘online banking’ kad kredit adalah maklumat yang SEMASA dan TERKINI berbanding kalau tunggu penyata kad kredit sampai ke peti surat.

Sebelum tarikh penyata lagi anda sudah boleh dapatkan maklumat hutang kad kredit yang terkini untuk membantu saya membuat pemeriksaan kelayakan dan membuat kira-kira dalam proposal

Bagaimana jika tiada kemudahan perbankan atas talian (‘online banking’)?

Anda boleh memohon kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja daripada pihak bank secara atas talian juga tanpa perlu pergi ke kaunter. 

Bagaimana cara mendapatkan kemudahan perbankan atas talian (‘online banking’)?

Hanya perlu isikan borang atas talian yang disediakan di laman web bank masing-masing dan boleh dapat akses perbankan atas talian sejurus selepas permohonan.

Leceh lah… malas atau tak tau cara nak isi borang permohonan online

Sekiranya anda malas atau tak tau cara nak isi borang permohonan atas talian maka anda boleh hubungi terus talian Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam. Dapatkan nombor talian Khidmat Pelanggan di belakang kad kredit anda.

Anda juga boleh email kepada Khidmat Pelanggan bank kad kredit anda.

EPP ConsultantHubungi Consultant EPP: Sophy Sufian untuk penerangan lanjut atau tinggalkan nombor telefon di Whatsapp 0193355399 untuk dihubungi kemudian