Logo ezpayment solution

Masalah Kewangan Selesai dalam 1 - 2 Bulan

Mudah, Cepat dan Selamat Melalui Ezpayment Solution

Muka Depan

0162014922

72-3A, Jalan Puteri 2/4,

Bandar Puteri,

47100 Puchong,

Selangor

Pembiayaan bank, bantuan kewangan dan pelaburan hartanah
Pejabat citi pro management sdn bhd

Proses Permohonan yang Mudah

Kami di Ezpayment Solution ingin menjadikan proses penyelesaian kewangan melalui kami adalah semudah ABC. Anda hanya perlu mengemukakan permohonan kepada kami. Selepas analisa yang teliti, kami akan memilih bank dengan tawaran interest terendah yang paling sesuai untuk anda. Anda tidak perlu pening kepala fikir nak pilih bank mana yang paling sesuai. Kami yang akan berurusan dengan bank bagi pihak anda. Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda hanya perlu menandatangani borang daripada bank. Selebihnya, biar kami yang uruskan segala prosesnya untuk anda.

Selesaikan Masalah Hutang Melalui Ezpayment Solution (kerjasama Citi Pro Management)

Ezpayment Solution dengan kerjasama Citi Pro Management merupakan pintu penyelesaian kewangan yang mudah, cepat dan selamat untuk anda. Kami memahami bahawa setiap permasalahan kewangan adalah unik, oleh itu, kami telah membentuk pendekatan yang memberikan kemudahan kepada anda dalam menyelesaikan masalah hutang dan pembiayaan.

Syarat mohon bantuan penyelesaian masalah kewangan dari ezpayment solution

Apa yang anda harus lakukan untuk memohon?

Penyelesaian kewangan dan bantuan modal untuk peluang pelaburan hartanah

Apa yang kami akan lakukan selepas dapat dokumen dan permohonan?

Sesi temubual pelanggan yang nak dapatkan bantuan penyelesaian kewangan bersama consultant setelah mendapat proposal

Setelah proposal siap, kami akan menjemput pemohon ke pejabat untuk sesi temu bual. Sesi hati ke hati ini membolehkan pelanggan memberikan maklumat lebih lanjut mengenai masalah kewangan mereka dan kami akan jelaskan strategi yang akan digunakan.

Consultant kami bersedia mengubahsuai proposal mengikut keperluan pelanggan sebelum langkah seterusnya.”

 

Consultant akan menguruskan segala-galanya bagi pihak pelanggan dari awal sehingga akhir proses.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dan puas hati dengan perancangan, consultant kami akan meneruskan proses penyelesaian kewangan seperti yang telah dirancangkan bersama pelanggan.

Dari langkah pertama hingga penyelesaian akhir, consultant akan mengurus segalanya dengan teliti dan profesional.

Masalah Hutang Selesai Dalam 1 - 2 Bulan

Ketepatan masa adalah prinsip kami. Anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat masalah kewangan anda diselesaikan. Setelah permohonan diluluskan, kami berjanji bahawa dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, masalah hutang anda akan dapat diselesaikan. Kami faham masalah kewangan memerlukan penyelesaian yang cepat dan kami ada solusinya untuk itu.

Tukar Masalah Hutang Sedia Ada Menjadi Aset Menguntungkan

Bagaimana jika kami katakan penyelesaian kewangan ini adalah menguntungkan? Ezpayment Solution memberikan anda peluang untuk memiliki rumah tanpa menggunakan duit sendiri. Kami tidak hanya menyelesaikan hutang, malah kami membantu anda memiliki aset berharga. Kami menyediakan modal dan menguruskan segala urusan sewaan dan penyelenggaraan rumah anda. Anda boleh menjual rumah dengan untung 100% apabila harganya naik. Hakikatnya, hutang anda telah menjadi modal yang menguntungkan.

Konsep "sama-sama untung"

Yang paling menarik, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang komitmen atau modal. Semua perbelanjaan dan risiko ditanggung oleh Ezpayment Solution. Anda hanya perlu bayar guna duit yang bank berikan selepas semuanya selesai. Konsep kerjasama kami adalah situasi “sama-sama untung” di mana kami mendapat keuntungan daripada aktiviti perniagaan dan anda mendapat penyelesaian kewangan tanpa risiko dan komitmen. Kes anda selesai kami dapat untung, kes anda tak selesai kami tak dapat apa-apa untung.

Fleksibel

Kami memahami setiap permasalahan anda dan itulah sebabnya kami sentiasa fleksibel dalam pendekatan kami. Proposal yang kami sediakan adalah panduan, tetapi masih boleh diubahsuai mengikut keperluan dan keinginan anda. Kami ingin memastikan anda mendapat penyelesaian kewangan yang tepat dan berkesan.

Sah & Patuh Syariah

Ezpayment Solution berpegang kepada prinsip kebolehpercayaan. Kami hanya berurusan dengan entiti yang sah dan selamat seperti bank dan koperasi. Anda boleh baca agreement yang jelas sebelum membuat keputusan. Kami juga menjamin bahawa setiap urusan kami patuh syariah. Bank dan koperasi yang kami berurusan mempunyai lesen Islamic dan kami boleh memastikan urusan kewangan anda mematuhi prinsip syariah.

Sesi Temu Bual "Hati ke Hati"

“Sesi Temu Bual dari Hati ke Hati”

Sesi temu bual ini merupakan peluang berharga bagi pelanggan yang telah lulus saringan kelayakan dan analisa kewangan untuk berjumpa secara peribadi dengan consultant kami. Dalam sesi ini, pelanggan berpeluang berkongsi masalah kewangan sebenar yang ingin diselesaikan kepada consultant.

Kami dengan teliti telah menyediakan proposal sebelum ini untuk membantu pelanggan. Dalam temu bual ini, consultant kami akan jelaskan dengan lebih terperinci mengenai proposal tersebut. Kami akan mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh pelanggan dan menawarkan kaedah dan strategi yang lebih tepat untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Jika diperlukan, kami akan ubahsuai proposal berdasarkan maklumat yang diterima dalam sesi temu bual ini. Kami berusaha untuk memberikan penyelesaian kewangan yang terbaik dan paling sesuai untuk setiap pelanggan.

Bertindak Sekarang!

Kini, sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan. Sertailah program penyelesaian kewangan Ezpayment Solution. Jangan biarkan masalah kewangan menghantui anda. Mohonlah sekarang kerana hanya dengan permohonan, anda boleh mengetahui jika anda layak. Mudah sahaja, sertai kajiselidik untuk mula, dan apabila lulus, kami sedia menawarkan penyelesaian kewangan yang terbaik dan paling sesuai untuk anda.

Bagaimana untuk bermula?
Mula-mula sekali, check syarat-syarat DI SINI.

Atau mungkin sebelum itu anda ingin tahu apakah kaedah-kaedah yang biasanya kami gunakan untuk membantu pelanggan kami membuat penyelesaian kewangan. Terus sahaja KE SINI.

Hak & Penafian:
Kami bukan peminjam wang atau ah long. Kami sebagai syarikat consultant kewangan dan pelaburan hartanah tidak menawarkan sebarang pinjaman peribadi mahu pun modal perniagaan sebaliknya kami akan bantu periksa kelayakan dan analisa rekod kewangan anda, sekiranya lulus maka kami akan menstruktur kembali rekod kewangan anda dan kemudian kami akan berusaha untuk dapatkan pembiayaan untuk anda daripada mana-mana bank atau koperasi yang layak dengan rekod kredit kewangan anda yang kami telah struktur semula.